PUTRAJAYA, 7 Muharram 1439H, Khamis – Mahkamah Majistret hari ini mengeluarkan perintah reman enam hari terhadap setiausaha politik kepada seorang menteri berhubung kes penyelewengan dana kerajaan RM40 juta.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Azizah Ahmad selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat suspek membabitkan penyelewengan dana Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
Pada 13 September lalu, SPRM telah menahan empat individu termasuk seorang yang bergelar Datuk selepas disyaki terlibat dalam penyelewengan wang peruntukan yang disalurkan kepada badan yang sama.
Mereka yang ditahan terdiri daripada Ketua Eksekutif PTPK, Setiausaha PTPK, Penolong Pegawai Kewangan PTPK dan seorang pengarah sebuah syarikat bergelar Dr.
Bagaimanapun, keempat-empat individu itu sudah dibebaskan pada 23 September lalu.
The post Setiausaha politik menteri direman kes seleweng dana kerajaan RM40 juta appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Setiausaha politik menteri direman kes seleweng dana kerajaan RM40 juta
0 Komentar untuk "Setiausaha politik menteri direman kes seleweng dana kerajaan RM40 juta"