DHAKA, 19 Zulhijjah 1438H, Ahad – Kumpulan Islam, Hefazat-e-Islam dan beberapa lagi pihak lain mengancam akan mengepung kedutaan Myanmar di Bangladesh.
Ia adalah sebagai mendesak penganiayaan terhadap etnik Muslim Rohingya di utara Rakhine dihentikan segera.
Pada sidang akhbar di Chittagong, Setiausaha Agung kumpulan itu, Zunaid Babunagari berkata, mereka merancang akan mengepung bangunan kedutaan itu pada 19 September ini.
Terdahulu, pada Jumaat, satu lagi parti politik, Islami Andolan Bangladesh mengisytiharkan bahawa ia akan mengepung kedutaan Myanmar di Dhaka pada 13 September atas alasan yang sama.
Babunagari berkata, pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Myanmar tidak dapat diterima sama sekali.
Mereka juga akan menyerahkan satu memorandum kepada Setiausaha Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) supaya membuat tekanan antarabangsa terhadap Myanmar bagi menghentikan penganiayaan terhadap Muslim Rohingya.
Kumpulan itu juga akan mengadakan demonstrasi di seluruh negara dan perarakan besar-besaran pada 16 September.
Babunagari berkata, jika pembunuhan beramai-ramai tidak dihentikan di Myanmar, mereka akan menganjurkan perarakan yang dikendalikan oleh Rakhine di bawah kepimpinan Ketuanya, Ahmad Shafi.
Beliau turut meminta kerajaan Bangladesh melancarkan ‘jihad’ terhadap Myanmar untuk menghentikan penganiayaan umat Islam di sana. – Agensi
The post Kumpulan Islam ancam kepung kedutaan Myanmar di Bangladesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kumpulan Islam ancam kepung kedutaan Myanmar di Bangladesh
0 Komentar untuk "Kumpulan Islam ancam kepung kedutaan Myanmar di Bangladesh"