Gema Semua Maklumat

Lapan suspek militan Abu Sayyaf ditahan

Lapan suspek militan Abu Sayyaf ditahan

BANGI, 12 Zulhijjah 1438H, Ahad – Lapan suspek dipercayai anggota militan pengganas Abu Sayyaf membabitkan rakyat Malaysia dan Filipina ditahan di ibu negara, pada malam ambang merdeka 30 Ogos lalu.

Polis menahan anggota militan terbabit yang berpusat di Filipina termasuk salah seorang pemimpin Abu Sayyaf, Hajar Abdul Mubin dalam operasi di Cheras pada malam 30 Ogos lepas.

Hajar yang juga dikenali sebagai Abu Asrie ditangkap bersama seorang lagi warga Filipina, Abraham Embung, 29, dan enam rakyat Malaysia berketurunan Filipina dari Sabah.

Abu Asrie, 25, dipercayai menjadi anggota kumpulan penculikan Lucky 9 berpangkalan di Jolo, yang mempunyai kaitan dengan militan Abu Sayyaf terletak di hutan Jawa dan Basilan di selatan Filipina.

Memetik laporan portal berbahasa Inggeris, The Star, suspek warga Malaysia berkenaan dipercayai dari Sandakan dan bekerja di Kuala Lumpur berusia antara 20 dan 52 tahun.

Beberapa suspek dikatakan bekerja sebagai pengawal keselamatan dan juga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

The post Lapan suspek militan Abu Sayyaf ditahan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lapan suspek militan Abu Sayyaf ditahan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Lapan suspek militan Abu Sayyaf ditahan"

Back To Top