Gema Semua Maklumat

Lebih 50,000 pasport Malaysia hilang

Lebih 50,000 pasport Malaysia hilang

KUALA LUMPUR, 5 Muharram 1439H, Selasa – Kerajaan memandang serius laporan berhubung kehilang an pasport Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata.

Beliau berkata, dalam tempoh lapan bulan, sebanyak 52,459 pasport Malaysia telah direkodkan sebagai hilang dan dicuri.

Katanya, angka itu direkod dalam pengkalan data dokumen perjalanan dicuri dan hilang (SLTD) Interpol sepanjang Januari hingga Ogos lalu.

Memetik Utusan Online, Zahid dilaporkan berkata, secara keseluruhannya, 192,402 pasport Malaysia yang hilang direkodkan dalam pengkalan data tersebut.

“Jumlah itu adalah kira-kira 0.25 peratus daripada keseluruhan 76 juta pasport yang hilang di seluruh dunia. Setiap pasport Malaysia yang dilaporkan hilang akan dibatalkan serta-merta,” katanya.

The post Lebih 50,000 pasport Malaysia hilang appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lebih 50,000 pasport Malaysia hilang
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Lebih 50,000 pasport Malaysia hilang"

Back To Top