Gema Semua Maklumat

Malaysia terus siasat cari dalang nahas MH17

Malaysia terus siasat cari dalang nahas MH17

KOTA KINABALU, 16 Zulhijjah 1438H, Khamis – Malaysia meneruskan usaha untuk membawa pihak bertanggungjawab yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraine, tiga tahun lalu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, meskipun sudah tiga tahun berlalu, usaha itu belum ditamatkan bagi menuntut keadilan kepada 283 penumpang dan 15 kru yang menjadi mangsa tragedi itu.

“Ia adalah satu siasatan yang lama, yang mana Malaysia turut terbabit dalam Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT), selain Belgium, Ukraine, Australia dan Belanda.

“Kementerian Luar bersama pelbagai agensi bekerja tanpa henti melalui pelbagai saluran, termasuk Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk memastikan mangsa MH17 dan keluarga mereka mendapat keadilan.

“Kita percaya ia akan diketahui juga nanti,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Program Seranta dan Diplomasi Awam Bersama Menteri Luar anjuran Befriemder Kota Kinabalu dan Universiti Malaysia Sabah (UMS), di Dewan Canselor UMS, di sini, hari ini.

Anifah berkata, tragedi MH17 adalah antara tiga cabaran besar diplomatik dihadapi Wisma Putra sejak beberapa tahun lalu.

Selain itu cabaran lain ialah kehilangan pesawat MH370 pada Mac 2014 dan krisis diplomatik Pyongyang-Kuala Lumpur berikutan kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Februari lalu.

The post Malaysia terus siasat cari dalang nahas MH17 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Malaysia terus siasat cari dalang nahas MH17
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Malaysia terus siasat cari dalang nahas MH17"

Back To Top