Gema Semua Maklumat

PAS serah memorandum bantah pesta arak

PAS serah memorandum bantah pesta arak

Sumber foto: Harakah Daily

PETALING JAYA, 7 Muharram 1439H, Khamis – PAS telah menyerahkan memorandum Bantahan Pesta Arak ke Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), petang semalam.

Bendahari PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, bantahan itu dilakukan di atas hak berpesta kerana ia melibatkan masyarakat.

“Apa jaminan mereka yang terlibat dengan pesta ini tidak keluar daripada kawasan berkenaan selepas selesai program dalam keadaan tidak mabuk dan tidak mengancam keselamatan masyarakat awam?” soal Khairuddin yang dipetik daripada Harakah Daily.

Penganjur turut difahamkan telah membuat permohonan baru kepada MBPJ, namun ia didapati tidak lengkap kerana tidak memenuhi prosedur.

“Ada permohonan (kepada MBPJ), tapi kita dimaklumkan permohonan itu belum lengkap dari segi prosedur.

“Antara prosedur yang diperlukan melibatkan kelulusan pihak polis dan Jabatan Kastam,” kata Khairuddin yang dipetik daripada Malaysiakini.

The post PAS serah memorandum bantah pesta arak appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PAS serah memorandum bantah pesta arak
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PAS serah memorandum bantah pesta arak"

Back To Top