Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Mohd Anuar Ostadi membenarkan suami isteri berusia 35 dan 32 tahun itu, masing-masing dibebaskan dengan jaminan tunai RM3,000 dan RM47,000 tanpa cagaran serta jaminan tunai RM2,000 dan RM8,000 tanpa cagaran dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu kedua-duanya perlu melaporkan diri di pejabat SPRM Melaka setiap bulan.
Terdahulu pasangan itu yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dengan tangan bergari tiba di Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh pada 10.20 pagi, dan dibawa keluar dari kompleks itu kira-kira 20 minit kemudian selepas prosedur jaminan itu selesai.
Pasangan itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini atas dakwaan menyalahgunakan kuasa dengan mencadangkan kepada pihak pengurusan fakulti untuk memilih syarikat milik mereka bagi pembelian barang makmal serta perkhidmatan untuk penyelidikan membabitkan nilai RM52,000 antara Mac 2015 dan Jun 2016.
– Bernama
The post Pasangan pensyarah UTeM bebas reman SPRM appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pasangan pensyarah UTeM bebas reman SPRM
0 Komentar untuk "Pasangan pensyarah UTeM bebas reman SPRM"