Gema Semua Maklumat

Pemimpin parti Melayu jangan dayus demi Islam

Pemimpin parti Melayu jangan dayus demi Islam

BERANI sungguh sekarang ini orang kafir mempertikaikan hak umat Islam yang menjadi majoriti di Malaysia. Tak habis-habis keluar kenyataan mempertikaikan apa sahaja yang dibuat demi kebaikan umat Islam yang menjadi agama Persekutuan.

Yang keluarkan kenyataan ini pula adalah pemimpin yang duduk semeja dengan parti Melayu dan Islam dalam Barisan Nasional (BN).

Faham-fahamlah parti apa itu. Pedang dah tak berapa suka sebut nama parti itu. Tunggu baca talkin saja untuk parti ini, kalau pemimpinnya dayus, pengecut tak kena tempat. Takut hanya kepada Allah sahaja.

Patutnya, Melayu yang duduk semeja dengan pemimpin-pemimpin kafir ini, tegurlah sikit jika kenyataan yang dibuat itu boleh menyakitkan hati umat Islam. Bagitau, jangan buat kenyataan untuk salahkan orang Islam, undang-undang Islam, semata-mata untuk mendapat undi orang kafir.

Melayu-Melayu itu, Pedang nasihat jangan duduk diam sahaja. Bila kenyataan terbuka dibuat oleh pemimpin kafir yang semeja dengan mereka, yang menyebabkan Islam dipandang salah, maka tegurlah juga secara terbuka. Bukan diam sahaja. Islam di Malaysia ada menteri dan timbalan menteri yang menjaga hal ehwal Islam.

Ke mana mereka bila menteri-menteri dan timbalan menteri atau pemimpin parti anti-Islam yang semeja dengan mereka, tiba-tiba cakap atau buat kenyataan yang boleh menyebabkan Islam dipersalahkan. Hukum Allah yang paling baik, bukan hukum yang manusia cipta.

Takkan Pedang saja yang tegur. Kena berani. Jangan jadi dayus demi Islam. Atau tak faham bila orang gelar kita dayus. Memanglah kalau membicarakan soal dayus ini, ia lebih banyak membabitkan keluarga, terutama isteri. Kalau tak nak guna perkataan dayus, boleh saja digelar pengecut.

Jangan jadi seperti kata peribahasa ‘bagai kambing dijunjung’. Pedang lihat, mereka ini hanya ‘umpama kayu lempung, belum ditolak condong sendiri’. ‘Macam lembu kasi, galak saja tiada melawan’. ‘Misai bertaring bagai penglima, sebulan sekali tak bunuh orang’. Itu peribahasa yang tepat buat mereka.

Jadi, pemimpin-pemimpin Melayu itu tadi kenalah berani – ‘Berani hilang tak hilang, berani mati tak mati’. Tegur, jangan diam jadi pengecut bila ada pihak yang menghina agama kita, yang menentang usaha dilakukan untuk kebaikan umat Islam, agama yang dibawa Nabi Muhammad SAW.

Bukan kita nak halang orang kafir nak sembah apa pun. Lantak lah nak sembah batu ke, kayu ke, lori ke.. tapi usaha memastikan Islam dimartabatkan tidak boleh lah mereka halang.

Pedang dah selalu ingatkan, pemimpin parti anti-Islam seperti MCA yang duduk dalam BN, sekarang ini celupar sangat. Sanggup menghina agama kawan dalam BN semata-mata untuk mendapatkan undi Cina. Kawan tu pula diam saja, terhangguk-hangguk takut untuk melawan. Makin naik tocang lah.

Pemimpin parti Melayu dan Islam itu kalau bercakap nampak saja lebih (‘biar kurang garang asal lebih gaya’). Dalam perhimpunan dan bila bercakap mengenai Islam, merekalah juara. Tapi bila kawan kafir mereka hina Islam, antiundang-undang Islam, mereka hanya diam.

Dan, tak ada siapa pun yang nak larang orang kafir nak minum arak atau tidak. Macam Ustaz Ridhuan Tee kata, kalau nak mandi arak sekalipun lantak lah.

Betul juga kata Ustaz Ridhuan:

“Jakim adalah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab dalam soal hal ehwal orang Islam. Apa jua perkara yang mengganggu kehidupan kami Jakim ada tanggungjawab. Kewujudan Jakim ada kaitan dengan orang bukan Islam, sebab orang bukan Islam hidup dalam negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

“Jika bukan Islam begitu berani dan amat celupar mencampuri hal ehwal orang Islam, apakah Jakim hanya berdiam diri? Apakah ketika itu, ultra kiasu ini bebas, sebebas bebasnya. Gunakan otak sikit untuk bercakap.”

Kenyataan beliau ditujukan kepada presiden parti anti-Islam, MCA, Liow Tiong Lai, yang mempertikaikan peranan Jakim menghalang orang kafir masuk Malaysia bagi menghadiri pesta arak dan gay.

Pesta arak yang hendak dibuat itu dilakukan secara terbuka. Itu yang kita tentang. Kalau buat secara tertutup, suka hatilah. Ada pula orang yang akan kata, pesta gay bolehlah diteruskan jika diadakan di tempat tertutup. Boleh! Tapi buatlah di negara lain – bukan di Malaysia.

Bodohlah kalau buat perbandingan macam tu. Malaysia ni negara Islam. Islam agama Persekutuan. Mana sama arak dan gay. Mana lebih teruk antara arak dan gay atau hubungan sesama jenis lelaki dan lelaki?

Pedang tahu, arak adalah ibu segala maksiat. Dengan arak boleh menyebabkan seseorang berzina, berjudi, membunuh, bertenung nasib (syirik). Segala dosa besar akan dibuat jika sudah mabuk arak.

Tapi, taklah hingga negeri dihancurkan, bangsa dimusnahkan, berbanding perbuatan gay yang menjadi amalan kaum Sadum zaman Nabi Luth yang diceritakan dalam 85 ayat al-Quran. Antaranya Allah berfirman yang bermaksud:

Ketika seksaan dari Kami (Allah) itu datang, maka Kami jadikan dari negeri kaum Luth itu yang atas dibalikkan ke bawah dan kami turunkan hujan seksa ke atas mereka, yang berupa batu, tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, sebagai yang diberi tanda oleh tuhanmu, dan negeri itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim.“( Surah Hud : 82-83)

Oleh itu, sekali lagi Pedang pesan – ini bukan kali pertama Pedang pesan, dah berkali-kali – mana-mana pemimpin yang rapat dan semeja dengan Tiong Lai atau seangkatan dengannya, tolong nasihat dia supaya jangan celupar mengenai Islam.

Tak lama lagi, Pilihan Raya Umum (PRU) akan tiba. Hendak tak hendak, menyembah juga dia kepada pengundi Islam. Tapi, Pedang yakin, umat Islam tidak akan lagi mengundi orang kafir yang menentang agenda Islam di Malaysia. Mereka ternyata musuh dalam selimut. Mereka ini tanam tebu di bibir. Hati-hati.

Kata Pedang: Belum letih untuk terus berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan yang diberikan dalam ruang Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

The post Pemimpin parti Melayu jangan dayus demi Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pemimpin parti Melayu jangan dayus demi Islam
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pemimpin parti Melayu jangan dayus demi Islam"

Back To Top