Gema Semua Maklumat

Najis punca pelarian Rohingya dijangkiiti taun: WHO

Najis punca pelarian Rohingya dijangkiiti taun: WHO

COX’S BAZAR (Bangladesh), 5 Muharram 1439H, Selasa – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran risiko penyakit taun di kem pelarian Rohingya di Bangladesh semakin meningkat.

Penyakit taun adalah jangkitan pada saluran penghadaman yang disebabkan bakteria, vibrio cholera, yang mana simptom penyakitnya seperti cirit-birit, perut tegang, mual, muntah dan kekeringan.

WHO dalam satu kenyataan berkata, penularan taun berlaku disebabkan laluan di sepanjang kem pelarian dipenuhi najis manusia.

Ditambah pula, mereka yang ditempatkan di 68 kem dan pusat perlindungan itu tidak mempunyai air minuman bersih dan kemudahan kebersihan.

“Semua kem terbabit turut berdepan kekurangan makanan dan perubatan, memandangkan ia berubah menjadi antara penempatan pelarian terbesar dunia dalam tempoh yang singkat.

“Risiko penyakit bawaan air tinggi, terutamanya wabak taun dan semua pihak amat bimbang.

“Walaupun usaha campur tangan bantuan ditingkatkan, ia masih tidak mampu menangani situasi kritikal dan mencabar ini,” kata kenyataan itu.

Kapasiti pelarian baharu di kem sekitar Cox’s Bazar kini terlampau padat, sebelum ini hanya menempatkan sekurang-kurangnya 300,000 penghuni yang melarikan diri daripada kekejaman kerajaan Myanmar di negeri Rakhine. -Agensi

The post Najis punca pelarian Rohingya dijangkiiti taun: WHO appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Najis punca pelarian Rohingya dijangkiiti taun: WHO
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Najis punca pelarian Rohingya dijangkiiti taun: WHO"

Back To Top