BANGI, 7 Muharram 1439H, Khamis – Polis mendedahkan terdapat pihak yang menganjurkan pesta arak secara tertutup dengan menjadikan hujung minggu sebagai lubuk pesta mereka.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, penganjur cuba mengaburi pihak berkuasa dengan berselindung di sebalik acara muzik.
Mereka melakukan aktiviti promosi melalui media sosial seperti aplikasi WhatsApp, Wechat, Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain.
Katanya, acara muzik itu pengisiannya bukan sahaja disajikan arak tetapi turut sama melibatkan dadah.
“Kumpulan sasaran penganjur ini adalah remaja dan orang muda yang berumur lingkungan 18 hingga 45 tahun. Mereka menjadikan premis seperti kondominium, apartmen serta hotel sebagai lokasi.
“Polis tidak akan berkompromi dalam isu ini, justeru baik penganjur mahu pun mereka yang menghadirinya akan diambil tindakan,” katanya seperti dilapor Utusan Online.
Terdahulu, terdapat cubaan untuk menganjurkan pesta arak, Better Beer Festival 2017 yang dijadualkan 6 hingga 7 Oktober depan, bagaimanapun tidak diluluskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), serta mendapat bantahan pelbagai pihak.
Sehubungan itu Mazlan berkata, ibu bapa perlu mengawasi anak-anak daripada terlibat dengan pesta yang tidak sihat ini.
“Gejala ini sangat berbahaya kepada masyarakat, jadi saya ingin menasihatkan semua ibu bapa agar mengawasi anak masing-masing khususnya di hujung minggu atau jika mereka menghadiri parti anjuran pihak tertentu,” katanya.
The post Polis dedah ada pihak anjur pesta arak secara tertutup appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis dedah ada pihak anjur pesta arak secara tertutup
0 Komentar untuk "Polis dedah ada pihak anjur pesta arak secara tertutup"