Oleh Siti Fatimah Ishak
KUALA LUMPUR, 7 Muharram 1439H, Khamis – Kerajaan mesti bertindak segera menghalang penularan wacana liberal yang menyesatkan pemikiran masyarakat umat Islam.
Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata demikian menyentuh isu kemasukan secara mudah aktivis liberal termasuk Mustafa Akyol baru-baru ini, yang dijemput Islamic Renaissance Front (IRF) untuk menjadi panel dalam satu wacana anjuran badan itu.
Dr Rafidah berkata, Akyol pernah dijemput sekitar tahun 2014, atas jemputan IRF dan Penang Institut bagi memperkatakan mengenai buku aktivis liberal itu.
Apa yang dikesalkan, Akyol memomokkan kita, kononnya dosa berbeza dari jenayah, sedangkan dalam Islam, perkara yang dianggap dosa peribadi seperti zina, minum arak, ada hujah atau dalil akan pengharaman dan hukumannya.
“Apa yang dibawanya bertentangan dengan Islam. Bukannya dia tidak pernah diberi peluang di Malaysia, seperti bantahan IRF yang mengatakan mereka tidak diberi kebebasan.
“Sudah banyak peluang dan teguran, namun yang menjadi masalah apabila IRF tetap dengan tema mereka membawa pemahaman yang tidak berlandaskan syariah,” katanya Dr Rafidah yang merupakan Timbalan Dekan dan Pensyarah Fisiologi USIM.
Sementara itu, menceritakan perihal sebenar sebab menentang wacana IRF, Dr Rafidah berkata, beliau sebelum ini telah dijemput sebagai panel untuk forum “Does Freedom Conscience Open The Floodgates to Apostasy?” yang turut menampilkan Mustafa Akyol.
“Bagi pihak Isma, kita mencadangkan individu lain bagi menggantikan saya, kerana berpendapat tajuk itu lebih sesuai dikupas oleh mereka yang ahli dalam bidangnya.
“Namun pihak IRF menolak cadangan saya dan meminta agar saya menerima jemputan mereka sebagai panelis. Saya akhirnya menerima jemputan mereka.
“Bagaimanapun, selepas berlaku insiden Mun’im Sirry yang membawa fahaman hermeneutika dalam tafsiran al-Quran sebelum ini, saya merasakan tidak patut bersekongkol dalam forum atau seminar yang sebenarnya memperkuatkan fahaman Islam liberal.
“Saya lantas menulis artikel memohon agar wacana atau forum sebegini disekat, dalam masa yang sama, menarik diri daripada menjadi panelis,” katanya.
The post ‘Saya tolak jadi panel wacana IRF, tidak sanggup bersekongkol dengan liberal’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di ‘Saya tolak jadi panel wacana IRF, tidak sanggup bersekongkol dengan liberal’
0 Komentar untuk "‘Saya tolak jadi panel wacana IRF, tidak sanggup bersekongkol dengan liberal’"