Gambar hiasan
DUNGUN, 13 Zulhijjah 1438H, Isnin – Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) meminta kerajaan negeri menyenaraikan Kilometer 341 sebagai lokasi sering berlaku kemalangan.
Pengguna LPT2, Syed Azmi Syed Mohamad yang dipetik Harian Metro berkata, kemalangan maut kerap berlaku membabitkan jarak 200 meter hingga 300 meter sekitar kawasan itu.
Justeru, katanya, kerajaan negeri perlu menyenaraikan lokasi terbabit sebagai lokasi kemalangan sebagai peringatan kepada pengguna supaya tidak memandu laju.
Selain itu, papan tanda amaran juga perlu diletakkan di lokasi berkenaan.
Terbaru, pelajar tingkatan dua, Syed Ahmad Irfan Fatihi Syed Syahidi, 14, meninggal dunia kelmarin akibat terbabit kemalangan di kawasan berkenaan sehari sebelum itu.
Kemalangan jam 10.30 pagi itu berlaku apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail dipandu bapa saudara mangsa, Syed Ahmad Fazrul Syed Mohammad, 30, dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang dipercayai terbabas sebelum terbalik.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri Ir Rosli Othman berkata, beliau kesal masih berlaku kemalangan maut di LPT2 biarpun pelbagai usaha sudah dilaksanakan pihak berwajib.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak untuk menambah enam lagi kamera AES di lokasi yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan.
Menurutnya, enam kamera terbabit bukan berniat hendak menghukum tetapi bertujuan mendidik pengguna lebuh raya supaya berhati-hati sekali gus mengelak mereka terbabit dengan kemalangan.
The post Senaraikan kilometer 341 LPT2 sebagai lokasi kemalangan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Senaraikan kilometer 341 LPT2 sebagai lokasi kemalangan
0 Komentar untuk "Senaraikan kilometer 341 LPT2 sebagai lokasi kemalangan"