Gema Semua Maklumat

SPRM kena tumpu cegah rasuah, bukan tentu siapa calon pilihan raya

SPRM kena tumpu cegah rasuah, bukan tentu siapa calon pilihan raya

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 6 Muharram 1439H, Rabu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya mengekalkan prinsip sebagai sebuah badan bebas yang tiada kaitan dengan sebarang urusan parti-parti politik.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Iskandar Abd Samad berkata, pelawaan SPRM supaya parti politik menghantar nama bakal calon pilihan raya untuk disaring menunjukkan badan penguatkuasaan berkenaan telah terlibat dalam urusan politik.

“Apabila mereka terlibat di dalam politik maka keyakinan rakyat terhadap mereka akan terhakis.

“Walaupun yang menentukan calon masih parti-parti politik tetapi SPRM berupaya mempengaruhi keputusan dengan ulasan-ulasan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Iskandar mengingatkan SPRM supaya memberi tumpuan kepada usaha-usaha mencegah rasuah dan bukan sebaliknya menentukan siapa calon.

“Terdapat banyak kes rasuah yang masih belum selesai. Beri tumpuan kepada kes tersebut.

“Biar parti politik membuat keputusan dan menanggung apa sahaja kesan daripada keputusan tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Bernama melaporkan SPRM mempelawa parti-parti politik yang bercadang untuk bertanding pada PRU14 supaya menyerahkan senarai nama bakal calon kepada suruhanjaya itu untuk disaring.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, walaupun tiada undang-undang atau paksaan untuk parti-parti politik berbuat demikian tetapi saringan dibuat bagi memastikan bakal-bakal calon bersih khususnya dari aspek rasuah dan salahguna kuasa.

The post SPRM kena tumpu cegah rasuah, bukan tentu siapa calon pilihan raya appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SPRM kena tumpu cegah rasuah, bukan tentu siapa calon pilihan raya
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "SPRM kena tumpu cegah rasuah, bukan tentu siapa calon pilihan raya"

Back To Top