Gema Semua Maklumat

Pelarian Rohingya di Bangladesh meningkat 480,000

Pelarian Rohingya di Bangladesh meningkat 480,000

NEW YORK, 6 Muharram 1439H, Rabu – Jumlah pelarian Rohingya yang memasuki Bangladesh kini mencecah 480,000, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Angka itu direkod selepas 45,000 pelarian tiba dalam tempoh dua hari lalu.

Laporan agensi PBB memaklumkan, jumlah pelarian semakin meningkat apabila pelarian Rohingya menyeberang sempadan setiap hari.

Kawasan seluas 2,000 ekar berdekatan kem sedia ada di Cox’s Bazar dikhaskan untuk menempatkan pelarian baru.

Bagaimanapun pihak berkuasa Bangladesh memberitahu, belum ada kemudahan dibina di kawasan berkenaan.

Umat Islam Rohingya sanggup menjadi pelarian dan mempertaruhkan nyawa keluar dari negara daripada menjadi mangsa kekejaman tentera Myanmar. -Agensi

The post Pelarian Rohingya di Bangladesh meningkat 480,000 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pelarian Rohingya di Bangladesh meningkat 480,000
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pelarian Rohingya di Bangladesh meningkat 480,000"

Back To Top