Gema Semua Maklumat

Tiada kes baharu rabies di Sarawak

Tiada kes baharu rabies di Sarawak

KUCHING, 16 Zulhijjah 1438H, Khamis – Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menafikan khabar angin yang mendakwa terdapat kes baharu rabies membabit seorang lelaki dari Kampung Kuala, Gedong di Serian.

Ia berikutan dakwaan yang tersebar kononnya seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan rabies di daerah itu.

Bagaimanapun JPBN Sarawak berkata, ujian yang dilakukan terhadap lelaki tidak didedahkan identitinya itu menunjukkan bukan disebabkan virus berkenaan. Malah, punca sebenar kematiannya juga tidak didedahkan.

Sekretariat juga mengesahkan bahawa setakat ini hanya seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dari kampung sama, yang juga mangsa keenam rabies di negeri itu masih dalam keadaan kritikal di Hospital Umum Sarawak.

“Kanak-kanak lelaki itu telah dimasukkan ke hospital sejak 3 Ogos lalu, dan masih berada di bawah pemerhatian unit pediatrik Hospital Umum Sarawak,” kata sekretariat itu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dipetik portal New Straits Times sebagai berkata, sehingga kini tiada kes baharu rabies dikesan.

The post Tiada kes baharu rabies di Sarawak appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tiada kes baharu rabies di Sarawak
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tiada kes baharu rabies di Sarawak"

Back To Top