PUTRAJAYA, 17 Zulhijjah 1438H, Jumaat – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedang meningkatkan rondaan di beberapa kawasan perairan negara bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kemasukan pelarian Rohingya ke negara ini.
Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Zulkifili Abu Bakar berkata tumpuan rondaan di perairan negara seperti Langkawi dan Pulau Pinang terutama kawasan persempadanan Malaysia-Thailand.
“APMM juga telah diminta untuk membantu pelarian Rohingya jika keadaan memerlukan dari sudut kemanusiaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zulkifili berkata rondaan adalah bagi memastikan perairan negara tidak dicerobohi pendatang asing tanpa izin dengan sewenang-wenangnya.
Beliau berkata berdasarkan peruntukan di bawah Akta Imigresen, APMM akan menyerahkan mereka yang didapati memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah kepada Jabatan Imigresen.
“Ini bagi menjalani proses kemasukan tanpa izin yang mana mereka akan ditempatkan di depot-depot tahanan Imigresen,” katanya.- Bernama
The post Tingkatkan rondaan di perairan negara hadapi pelarian Rohingya: APMM appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tingkatkan rondaan di perairan negara hadapi pelarian Rohingya: APMM
0 Komentar untuk "Tingkatkan rondaan di perairan negara hadapi pelarian Rohingya: APMM"