KAHERAH, 15 Zulhijjah 1438H, Rabu – Universiti Kaherah memecat empat profesor selepas mereka didakwa menghadiri persidangan dianjurkan Ikhwanul Muslimin di Jerman, lapor Quds Press.
Mereka ialah Profesor Ahmed Helmi Mahmoud, Ahmed Fathi Darwish, Ismail Abdel Shafi dan Amro Mahmoud. Mereka bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan menegaskan tiada kaitan dengan pergerakan berkenaan.
Rejim kudeta Mesir pimpinan Abdel Fatah El-Sisi yang merampas kuasa daripada Presiden yang dipilih secara demokrasi, Mohamad Morsi pada 2013 dan menduduki jawatan Presiden setahun kemudian, mengisytiharkan Ikhwanul Muslimin sebagai kumpulan pengganas.
Profesor Ismail berkata, beliau ke Jerman pada Julai lalu bagi mengambil bahagian dalam persidangan sains dan mendapat sokongan bekas Canselor Universiti Kaherah, Dr Jaber Nassar.
Persidangan itu dianjurkan oleh Yayasan Alexander von Humboldt yang menggalakkan kerjasama akademik antara saintis terkenal dengan ulama dari Jerman dan luar negara.
Bagaimanapun, Canselor baharu universiti itu, Mohamed Othman Al-Khasht, memecat keempat-empat profesor berkenaan sambil berkata, beliau akan membersihkan universiti itu daripada Ikhwanul Muslimin. – Agensi
The post Universiti Kaherah pecat 4 profesor didakwa Ikhwanul Muslimin appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Universiti Kaherah pecat 4 profesor didakwa Ikhwanul Muslimin
0 Komentar untuk "Universiti Kaherah pecat 4 profesor didakwa Ikhwanul Muslimin"