GENEVA, 7 Safar 1439H, Jumaat – Jumlah penduduk di seluruh dunia yang maut akibat campak pada 2016 adalah seramai 90,000 orang dan buat kali pertama jumlah kematian berada di bawah 100,000 orang.
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pertubuhan lain pada tahun 2000, lebih 550,000 penduduk meninggal dunia akibat campak, lapor agensi berita Xinhua.
Bagaimanapun, secara keseluruhan sejak tahun 2000, peratusan kematian menuruh sebanyak 84 peratus, berikutan langkah pemberian vaksin sebanyak 5.5 bilion dos sekaligus berjaya menyelamatkan kira-kira 20.4 juta nyawa.
“Menyelamatkan purata 1.3 juta nyawa setiap tahun melalui vaksin campak merupakan pencapaian luar biasa dan untuk menjadikan dunia serta kehidupan kita bebas penyakit campak ia agak mustahil,” kata Dr Robert Linkins dari badan Inisiatif Campak dan Rubella (MR&I).
MR&I, sebuah pertubuhan yang ditubuhkan pada 2001 hasil perkongsian Palang Merah Amerika, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, Yayasan Pertubuhan Bangsa Bersatu, UNICEF dan WHO.
Keseluruhannya, kira-kira 20.8 juta kanak-kanak seluruh dunia masih tidak memperolehi dos suntikan vaksin pertama, separuh daripadanya mereka yang tinggal di enam negara: Nigeria (3.3 juta), India (2.9 juta), Pakistan (2.0 juta) , Ethiopia (0.9 juta), dan Republik Demokratik Congo (0.7 juta).
Memandangkan campak sejenis penyakit virus yang mudah berjangkit, penularan wabak berterusan di negara berkenaan dan negara di Eropah serta Amerika Utara, meletakkan kanak-kanak berisiko menghadapi komplikasi kesihatan seperti radang paru-paru, cirit-birit, ensefalitis, buta dan kematian.
Disebabkan itu, pemberian imunisasi secara rutin dengan disokong sistem kesihatan yang baik, dapat membantu menghindari kanak-kanak daripada dijangkiti, kata Dr Seth Berkley, Ketua Pegawai Eksekutif Gavi. – Bernama
The post 90,000 penduduk seluruh dunia maut akibat campak pada 2016: WHO appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 90,000 penduduk seluruh dunia maut akibat campak pada 2016: WHO
0 Komentar untuk "90,000 penduduk seluruh dunia maut akibat campak pada 2016: WHO"