Gema Semua Maklumat

Ahli MT UMNO kena tikam

Ahli MT UMNO kena tikam

KUALA LUMPUR, 8 Safar 1439H, Sabtu – Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan cedera selepas ditikam oleh jirannya yang dipercayai kurang siuman dalam kejadian di hadapan rumahnya di Sungai Buloh, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superitendan S Somu berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam ini, ketika Sohaimi dikatakan berkunjung ke rumah jirannya untuk memaklumkan ibu bapa suspek berhubung kelakuan lelaki berusia 20-an itu yang membaling batu ke rumahnya sehingga terkena anak saudaranya.

“Lelaki itu kemudian menikam Sohaimi di bahagian belakang kepala dan bahu kanan serta turut menikam anak saudara lelaki Sohaimi yang datang untuk membantunya di bahagian kepala dan pipi menggunakan objek tajam,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Somu berkata, polis yang dimaklumkan kejadian itu elah menahan suspek, manakala Sohaimi dan anak saudaranya dihantar ke Hospital KPJ Damansara untuk mendapat rawatan kecemasan dan dilaporkan stabil.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

The post Ahli MT UMNO kena tikam appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Ahli MT UMNO kena tikam
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Ahli MT UMNO kena tikam"

Back To Top