PUTRAJAYA, 26 Muharram 1439H, Isnin – Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman denda maksimum RM2,000 terhadap bekas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob.
Hakim Muhammad Zaki Abd Kudos memutuskan Yusoff bersalah memandu di lorong kecemasan, tahun lalu.
Katanya, denda maksimum RM2,000 dikenakan terhadap Yusoff, dan dia perlu dipenjara 4 bulan jika gagal membayar denda itu.
Yusoff disabitkan bersalah mengikut Seksyen 119 (1)(c) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan didenda di bawah Seksyen 119 (2) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum 6 bulan.
Dia didakwa memandu di lorong kecemasan menggunakan kereta bernombor pendaftaran BLY 68 di Lingkaran Putrajaya, Putrajaya pada jam 6.27 petang, 7 Oktober 2016.
The post Bekas timbalan KP JPJ didenda RM2,000 pandu lorong kecemasan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Bekas timbalan KP JPJ didenda RM2,000 pandu lorong kecemasan
0 Komentar untuk "Bekas timbalan KP JPJ didenda RM2,000 pandu lorong kecemasan"