Gema Semua Maklumat

Benarkah mereka ini dihasut atau memangnya mereka yang bertambah cerdik?

Benarkah mereka ini dihasut atau memangnya mereka yang bertambah cerdik? -
Exco: Peniaga pasar enggan pindah sebab dihasut
mk   -   Hari ini, 8:25 pm
Kerajaan Kelantan mendakwa sekumpulan peniaga Pasar Besar Pasir Puteh enggan berpindah ke pasar baru mungkin akibat termakan hasutan pihak tertentu.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, beliau hairan dengan kedegilan peniaga untuk berpindah, memandangkan pasar baru yang dinamakan Pasar Siti Hajar itu akan memberikan banyak kemudahan kepada mereka.

"Ada parti seolah-olah mahu menjadi hero dalam kes ini sedangkan ia menjejaskan pendapatan peniaga apabila tidak berpindah di pasar baru yang kita sediakan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Malaysiakini semalam melaporkan Persatuan Peniaga Pasar Besar Pasir Puteh yang enggan berpindah ke pasar baru itu walaupun diberi notis sejak 15 Oktober lalu.

Pengerusinya Kamaruzaman Che Ngah mendakwa pasar baru itu hanya menyediakan satu laluan masuk, terletak di kawasan berisiko banjir dan lot kedai yang sempit.
Justeru mereka membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana merasakan bangunan baru itu tidak sepadan dengan kos pembinaan yang didakwa berjumlah RM6.1 juta.

Abdul Fattah berkata beliau yakin pembinaan pasar baru itu mengikut prosedur yang betul dan kerajaan negeri akan memberikan kerjasama kepada SPRM dalam siasatan nanti.

"Kita tiada masalah jika SPRM mahu menyiasat susulan laporan yang dibuat pihak peniaga semalam kerana kita sentiasa terbuka.

"Bagaimanapun, dakwaan yang dibangkitkan mereka tidak benar kerana kita sudah menambah keluasan (lot kedai) daripada 3x5 kaki persegi kepada 6x6 kaki persegi," katanya lagi.

Isu ini pada mulanya dibangkitkan Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan. Hari ini, Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa mengadakan pertemuan dengan peniaga di Pasar Besar Pasir Puteh.

Dalam pertemuan itu, beliau berkata akan membawa peniaga yang tidak berpuas hati untuk bertemu sendiri dengan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob bagi mendapatkan penjelasan.

"Selagi peniaga tak puas hati dengan pasar baru, saya minta jangan berpindah lagi.

"Saya ajak persatuan dan peniaga kita pergi berjumpa menteri besar. Kerana apa juga masalah rakyat Kelantan adalah tanggubgjawabnya," katanya.


Benarkah mereka ini dihasut atau memangnya mereka yang bertambah cerdik? merupakan Entri ulangsiar. Credit kepada sumber asal di Benarkah mereka ini dihasut atau memangnya mereka yang bertambah cerdik?
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "Benarkah mereka ini dihasut atau memangnya mereka yang bertambah cerdik?"

Back To Top