BANGI, 27 Muharram 1439H, Selasa – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini menyerbu sebuah premis penyembelihan dan pemprosesan ayam di Semenyih dipercayai gagal mengikut peraturan ditetapkan meskipun memiliki logo halal pada bungkusan ayam yang diproses.
Serbuan dijalankan oleh penguat kuasa jabatan berkenaan pada jam 7.30 hingga 11.30 pagi itu, susulan berdasarkan maklumat awam yang diterima.
Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jais, Azlinda Azman berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut menggunakan khidmat warga asing untuk proses penyembelihan namun tidak mempunyai kad tauliah.
“Premis didapati mengaburi pembeli dengan pengakuan jaminan halal sedangkan cara pengurusan penyembelihan diragui dan dari segi kebersihan sangat memerlukan tindakan segera daripada Jabatan Kesihatan.
“Sejumlah 1,098 ekor ayam yang dibungkus dan plastik pembungkusan disita bagi tujuan siasatan oleh JAIS,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pemeriksaan ke atas premis berkenaan turut disertai Bahagian Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Kesihatan Selangor dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Katanya, premis berkenaan telah diarahkan tutup serta-merta oleh Jabatan Kesihatan mengikut Akta Makanan 1983 kerana faktor kebersihan serta kegagalan pemilik melaksanakan kawalan makhluk perosak.
“Notis kompaun turut dikeluarkan MPKj di bawah Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan MPKj 2007 kerana pekerja tidak mengambil suntikan typhod dan Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred dan Perindustrian MPKj 2007 atas faktor kebersihan,” katanya.
The post Cara sembelih meragukan: Jais arah premis proses ayam ditutup appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Cara sembelih meragukan: Jais arah premis proses ayam ditutup
0 Komentar untuk "Cara sembelih meragukan: Jais arah premis proses ayam ditutup"