Gema Semua Maklumat

Jeneral rejim Syria ancam pelarian maut kena jerangkap samar

Jeneral rejim Syria ancam pelarian maut kena jerangkap samar

DEIR EZZOR (SYRIA), 29 Muharram 1439H, Khamis – Komander kanan tentera rejim Syria yang dianggap jeneral paling dipercayai Presiden Bashar al-Assad, maut ketika operasi memerangi militan Daesh, beberapa hari selepas dia memberitahu pelarian Syria supaya tidak kembali ke negara itu.

Brigadier Jeneral Issam Zahreddine, komander Pengawal Republikan yang memimpin 7,000 anggota tentera, terbunuh ketika konvoi yang disertainya terkena jerangkap samar yang dipasang militan Daesh tatkala melalui Hawija Saqr, semalam.

Beberapa hari sebelum itu, Zahreddine meraikan kejayaan tenteranya mematahkan pengepungan Daesh di bandar Deir Ezzor.

Dalam kenyataan menerusi televisyen Syria, dia mencetuskan kontroversi apabila berkata, rakyat Syria yang melarikan diri dan menjadi pelarian tidak perlu kembali ke negara itu.

“Saya meminta anda tidak kembali kerana, walaupun kerajaan memaafkan kamu, kami tidak akan memaaf dan melupakannya. Jika kamu tahu apa yang baik untuk kamu, tidak seorang pun daripada kamu akan pulang,” katanya.

Bagaimanapun, dia kemudiannya meminta maaf dan berkata, kenyataannya itu merujuk kepada kumpulan Daesh yang membunuh askar Syria.

“Saya bercakap perkara itu selepas melihat ramai askar Syria yang terbunuh dan dipancung,” katanya.

Tahun lalu, Zahreddine juga melakukan provokasi apabila bergambar dengan mayat dipercayai orang awam yang kelihatan seperti didera. – Agensi

The post Jeneral rejim Syria ancam pelarian maut kena jerangkap samar appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jeneral rejim Syria ancam pelarian maut kena jerangkap samar
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Jeneral rejim Syria ancam pelarian maut kena jerangkap samar"

Back To Top