Gema Semua Maklumat

‘Kena ajar pelajar sekolah vernakular sebut Bahasa Melayu dengan fasih’

‘Kena ajar pelajar sekolah vernakular sebut Bahasa Melayu dengan fasih’

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BANGI, 6 Safar 1439H, Khamis – Sekolah vernakular perlu melaksanakan semula pengajaran sebutan bahasa Melayu yang betul, kata Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim.

Cadangan itu diutarakan beliau kerana berasa bimbang penguasaan bahasa Melayu oleh murid Sekolah Jenis Kebangsaan dilihat kurang baik.

Katanya, pelajar sekolah vernakular perlu diajar sebutan bahasa Melayu yang betul bertujuan memastikan mereka fasih serta menguasai bahasa kebangsaan dengan baik.

“Saya merasakan ba­hawa kita tidak lagi perlu tunggu tuanku untuk ingatkan balik mengenai kepentingan memartabatkan kedudukan bahasa Malaysia. Sebaliknya, kita sendiri harus bangkit.

“Tapi entah bagaimana budaya pinjam bahasa asing, budaya rojak bahasa berleluasa. Justeru, pada hemat saya, pengajaran sebutan bahasa Malaysia harus dikemukakan semula kerana sekarang ini aspek sebutan tidak diajar dengan baik di sekolah,” katanya dipetik Utusan Online.

Baru-baru ini, Sultan Nazrin Shah bertitah, kejayaan sekolah vernakular memfasihkan pelajarnya menguasai bahasa kebangsaan akan membantu usaha membina negara bangsa.

Titah Sultah Perak, adalah janggal dan ironis jika seseorang yang bertaraf warganegara Malaysia tidak boleh memahami, bertutur, menulis dan membaca dalam bahasa Kebangsaan yang merupakan identiti sesebuah negara bangsa.

The post ‘Kena ajar pelajar sekolah vernakular sebut Bahasa Melayu dengan fasih’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di ‘Kena ajar pelajar sekolah vernakular sebut Bahasa Melayu dengan fasih’
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "‘Kena ajar pelajar sekolah vernakular sebut Bahasa Melayu dengan fasih’"

Back To Top