Gema Semua Maklumat

KJ arah wartawan Malaysiakini tinggalkan majlis

KJ arah wartawan Malaysiakini tinggalkan majlis

BANGI, 29 Muharram 1439H, Khamis – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengarahkan wartawan Malaysiakini yang membuat liputan programnya hari ini, meninggalkan majlisnya, lapor portal itu.

Menurut laporan itu, arahan berkenaan dibuat oleh pegawai khas Khairy yang meminta wartawan menyerahkan soalan sebelum sidang akhbar diadakan selepas satu program Kementerian Belia dan Sukan di Kuala Lumpur.

Portal berkenaan berkata, selepas menyerahkan soalan, pegawai berkenaan datang ke meja wartawan dan meminta Malaysiakini meninggalkan majlis berkenaan.

“Saya minta maaf YB tak mahu jawab soalan dari Malaysiakini dan berada dalam majlis ini, kita minta Malaysiakini beredar. Saya minta maaf sangat,” kata pegawai Khairy, Raja Syahrir Abu Bakar.

Portal itu mengemukakan soalan untuk dijawab oleh Khairy berkaitan dua pemimpin Pemuda UMNO Sabah yang ditangkap SPRM dan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu Bugis.

The post KJ arah wartawan Malaysiakini tinggalkan majlis appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di KJ arah wartawan Malaysiakini tinggalkan majlis
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "KJ arah wartawan Malaysiakini tinggalkan majlis"

Back To Top