PUTRAJAYA, 28 Muharram 1439H, Rabu – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan individu yang tular di media sosial ketika ini kerana aktif memberikan pandangan negatif dan mengkritik kerajaan adalah pegawainya.
LHDN dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya telah mengenal pasti individu itu yang menggunakan akaun Facebook atas nama Shariff Hjahmad yang dikatakan sebagai pegawai LHDN.
Menurutnya individu tersebut ialah bekas pegawai LHDN yang telah bersara pada Ogos tahun lepas.
“Maka LHDN ingin menafikan individu tersebut masih mempunyai perkaitan dengan LHDN dan menegaskan bahawa pendapat dan komennya di laman sosial adalah tidak mewakili LHDN,” katanya.
LHDN juga menggesa individu terbabit agar tidak mengaitkan dirinya dengan LHDN memandangkan beliau tidak lagi berkhidmat dengan organisasi itu.
— BERNAMA
The post LHDN nafi individu kritik kerajaan di laman sosial pegawainya appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di LHDN nafi individu kritik kerajaan di laman sosial pegawainya
0 Komentar untuk "LHDN nafi individu kritik kerajaan di laman sosial pegawainya"