BANGI, 27 Muharram 1439H, Selasa – Seorang pelajar Tingkatan Enam dari Muar, Johor ditahan disyaki memuatnaik kenyataan menghina Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di akaun laman sosialnya.
Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, pelajar Sekolah Menengah Sultan Alauddin Riayat Shah 1 itu ditahan semalam, berikutan kenyataan yang dimuatnaik di akaun Twitternya, dikatakan mengandungi unsur-unsur penghinaan terhadap baginda Sultan.
Hasnan berkata, penahanan remaja terbabit dibuat selepas polis menerima enam laporan pada Sabtu lalu, berhubung twit tersebut.
“Siasatan awal kami mendapati bahawa kenyataan itu dibuat ekoran perselisihan antara dua kumpulan peminat bola sepak yang viral di media sosial,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, polis turut merampas telefon bimbit suspek yang dipercayai digunakan untuk memuatnaik kenyataan itu.
Remaja berkenaan bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
“Kita memandang serius perkara ini dan menyiasatnya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.
The post Pelajar Tingkatan Enam ditahan muat naik kenyataan hina Sultan Perak appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pelajar Tingkatan Enam ditahan muat naik kenyataan hina Sultan Perak
0 Komentar untuk "Pelajar Tingkatan Enam ditahan muat naik kenyataan hina Sultan Perak"