BANGI, 6 Safar 1439H, Khamis – Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) mendesak Kementerian Pendidikan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam masa terdekat.
Menurut Jiao Zong, UPSR hanyalah menguji murid berorientasikan peperiksaan berpusat semata-mata.
“Semua pihak lebih memfokuskan dari segi markah dan keputusan peperiksaan sepenuhnya tanpa mempedulikan kualiti murid dari faktor lain.
“Oleh itu, dengan memansuhkan UPSR, tabiat tersebut dapat dihapuskan dan masalah bebanan beg sekolah yang kerap dibincangkan sejak akhir-akhir ini juga turut dapat diselesaikan,” kata Jiao Zong dalam satu kenyataan yang disiarkan China Press yang dipetik Sinar Harian, hari ini.
Berdasarkan kenyataan itu lagi, majoriti murid hanya mengutamakan mata pelajaran penting dalam UPSR sehingga mengabaikan bidang pelajaran lain yang diperlukan oleh seseorang murid, seperti muzik, seni lukis dan sukan.
Sementara itu, Jiao Zong turut berharap dengan memansuhkan UPSR, masalah bebanan yang ditanggung oleh guru selama ini dapat diselesaikan.
“Ianya sudah tentu mampu mengurangkan kerja dan tanggungjawab yang begitu berat diberikan kepada guru ketika ini,” kata laporan itu.
The post Persatuan guru Cina desak kerajaan mansuhkan UPSR appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Persatuan guru Cina desak kerajaan mansuhkan UPSR
0 Komentar untuk "Persatuan guru Cina desak kerajaan mansuhkan UPSR"