Gema Semua Maklumat

Polis tolak permohan Pakatan Harapan berhimpun di Padang Timur

Polis tolak permohan Pakatan Harapan berhimpun di Padang Timur

KUALA LUMPUR, 21 Muharram 1439H, Rabu – Polis tidak akan menerima permohonan Pakatan Harapan (PH) untuk mengadakan perhimpunan ‘Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ di Padang Timur, Petaling Jaya yang dijadual 14 Oktober ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, keputusan itu telah dibuat oleh pihaknya semalam atas pelbagai sebab.

Menurutnya, polis menerima beberapa laporan daripada penduduk setempat yang tinggal di kawasan tersebut.

“Jika tidak salah, terdapat sekurang-kurangnya empat laporan, dan saya dimaklumkan bahawa 20,000 orang dijangka hadir tetapi lokasi itu hanya untuk kapasiti 10,000 sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, Mohamad Fuzi berkata, perhimpunan itu boleh diteruskan sekiranya penganjur menukar lokasi di Stadium Kelana Jaya.

“Jika mereka tidak menerima cadangan kami, terpulanglah kepada mereka,” katanya.

The post Polis tolak permohan Pakatan Harapan berhimpun di Padang Timur appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis tolak permohan Pakatan Harapan berhimpun di Padang Timur
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Polis tolak permohan Pakatan Harapan berhimpun di Padang Timur"

Back To Top