Gema Semua Maklumat

Selewang dana awam: Hamid Apdal direman lima hari

Selewang dana awam: Hamid Apdal direman lima hari

BANGI, 21 Muharram 1439H, Rabu – Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini mengeluarkan perintah reman selama lima hari terhadap ahli perniagaan, Hamid Apdal yang juga adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal.

Majistret Sherron Abbie membenarkan permohonan reman yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan yang giat dijalankan pihak berkuasa itu berhubung kes penyelewengan dana awam di Sabah.

Memetik laporan Berita Harian (BH), Hamid, 52, diwakili empat peguam iaitu Martin Tommy, Loretto J Padua, Hamid Ismail dan Cedric Choo, manakala Pegawai Pendakwaan SPRM, Mohd Faliq Basiruddin mewakili suruhanjaya itu.

Media sebelum ini melaporkan, Hamid ditahan kira-kira jam 9.30 malam tadi di pejabat SPRM Sabah.

Pagi semalam, beliau dipanggil oleh suruhanjaya itu bagi memberi keterangan berkaitan siasatan kes penyelewengan dana awam di Sabah.

Sepasukan lima pegawai dan anggota SPRM turut menggeledah rumah Hamid di Putatan selama tiga jam mulai jam 3 petang semalam sebelum beberapa barangan dan dokumen dipercayai bahan bukti untuk kes itu dibawa keluar.

The post Selewang dana awam: Hamid Apdal direman lima hari appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Selewang dana awam: Hamid Apdal direman lima hari
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Selewang dana awam: Hamid Apdal direman lima hari"

Back To Top