Gema Semua Maklumat

Rohingya: Sekat pemimpin Myanmar daripada masuk AS

Rohingya: Sekat pemimpin Myanmar daripada masuk AS

WASHINGTON, 29 Muharram 1439H, Khamis – Seramai 43 Ahli Parlimen Amerika Syarikat menggesa pentadbiran Trump agar mengenakan semula larangan perjalanan ke atas pemimpin kejam Myanmar termasuk Aung San Suu Kyi.

Gesaan berkenaan dinyatakan menerusi satu surat oleh sekumpulan penggubal undang-undang negara itu kepada Setiausaha Amerika Syarikat, Rex Tillerson yang menyeru agar Washington bertindak tegas ke atas individu yang melanggar hak asasi manusia di Myanmar.

Bagaimanapun, Tillerson belum memberi kata putus sama ada AS akan mengambil tindakan tersebut terhadap pemimpin tentera rejim Myanmar atas serangan mengakibatkan lebih 500,000 orang etnik muslim Rohingya terpaksa keluar dari negara berkenaan.

“Dunia tidak boleh berdiam diri dan hanya menjadi saksi terhadap kekejaman yang berlaku,” kata Tillerson kepada Pemikir Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa Washington semalam.

“Pemimpin Myanmar tetap akan dipertanggungjawabkan atas kesengsaraan yang dilalui lebih setengah juta Rohingya,” tegasnya lagi.

Sejak akhir Ogos lalu, ribuan etnik Muslim Rohingya menyelamatkan diri setiap hari daripada kekejaman tentera rejim Myanmar dengan melintasi sempadan ke negara jiran Bangladesh. – Agensi

The post Rohingya: Sekat pemimpin Myanmar daripada masuk AS appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Rohingya: Sekat pemimpin Myanmar daripada masuk AS
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Rohingya: Sekat pemimpin Myanmar daripada masuk AS"

Back To Top