Gema Semua Maklumat

Rumah kos rendah, PPR jadi sarang baru penagih dadah

Rumah kos rendah, PPR jadi sarang baru penagih dadah

JOHOR BAHRU, 8 Safar 1439H, Sabtu – Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) supaya menjalankan lebih banyak serbuan ke atas rumah pangsa kos rendah dan projek perumahan rakyat (PPR), khususnya di kawasan bandar yang menjadi sarang bagi penagih.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, penagih dadah cenderung menjalankan kegiatan mereka di kawasan tersembunyi seperti di bawah jambatan.

“Bagaimanapan, ketika AADK giat menjalankan serbuan di kawasan-kawasan itu, mereka pastinya terpaksa mencari kawasan baru untuk menjalankan kegiatan mereka.

“Kini mereka menggunakan rumah (sewa) mereka di flat kos rendah dan PPR sebagai sarang baharu. Kita telah meminta agensi itu untuk mempergiatkan lagi serbuan di tempat-tempat tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat kerja pembaikan dan baik pulih di flat Sri Indah di Taman Tampoi Indah di sini, hari ini.

Nur Jazlan berkata, jawatankuasa penduduk di kawasan perumahan kos rendah dan PPR boleh memainkan peranan untuk turut sama memerangi kegiatan penagih dadah dengan melaporkan sebarang aktiviti mecurigakan kepada pihak berkuasa.

“Jawatankuasa ini tiada kuasa untuk memeriksa aktiviti penduduk, tetapi jika mengesyaki wujud kegiatan berkenaan, bolehlah membuat laporan dengan AADK atau polis,” katanya.

The post Rumah kos rendah, PPR jadi sarang baru penagih dadah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Rumah kos rendah, PPR jadi sarang baru penagih dadah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Rumah kos rendah, PPR jadi sarang baru penagih dadah"

Back To Top