Gema Semua Maklumat

Seleweng dana: Reman tiga pemimpin Pemuda disambung

Seleweng dana: Reman tiga pemimpin Pemuda disambung

BANGI, 24 Muharram 1439H, Sabtu – Tempoh reman ke atas tiga pemimpin pemuda daripada dua parti di Sabah dilanjutkan sehingga 17 Oktober ini bagi melengkapkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyelewengan dana awam di negeri itu.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Izat Abd Rahim hari ini membenarkan SPRM untuk menyambung tempoh reman ke atas Ketua Pemuda Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohd Azis Jamman, Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim selama tiga hari.

Izat turut membenarkan seorang ahli perniagaan yang turut ditahan berhubung siasatan itu dibebaskan.

Memetik The Star, Azis diwakili oleh peguam Martin Tommy Durasim, manakala Arthur Boring mewakili Jamawi. Sementara, Ariffin diwakili peguam Hamid Ismail dan Edward Paul mewakili ahli perniagaan terbabit.

Empat individu berkenaan antara tujuh yang ditahan berhubung penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah antara 2010 hingga 2016.

The post Seleweng dana: Reman tiga pemimpin Pemuda disambung appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Seleweng dana: Reman tiga pemimpin Pemuda disambung
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Seleweng dana: Reman tiga pemimpin Pemuda disambung"

Back To Top