KANDAHAR, 29 Muharram 1439H, Khamis – Sekurang-kurangnya 43 tentera Afghanistan terbunuh dalam serangan yang dilancarkan oleh puak militan Taliban ke atas pangkalan tentera di wilayah selatan Kandahar.
Dalam serangan terbaru ini, dua kereta diletupkan oleh pengebom bunuh diri dan pertempuran bersenjata berlaku beberapa jam.
Ia mengakibatkan 43 terbunuh, sembilan cedera manakala enam lagi hilang setelah serangan tengah malam itu dijalankan oleh Taliban.
Kementerian Pertahanan Afghanistan dalam satu kenyataan berkata, sembilan anggota Taliban turut terbunuh.
Kejadian ini adalah yang ketiga berlaku dalam tempoh satu minggu.
Lapan terbunuh dalam serangan sebelum ini.
Afghanistan kini sedang berusaha menghapuskan saki baki Taliban sejak Amerika Syarikat dan NATO menghentikan oprasi mereka pada akhir 2014. – Agensi
The post Taliban serang kem tentera Afghanistan di Kandahar, lebih 43 maut appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Taliban serang kem tentera Afghanistan di Kandahar, lebih 43 maut
0 Komentar untuk "Taliban serang kem tentera Afghanistan di Kandahar, lebih 43 maut"