Gema Semua Maklumat

31 pelarian maut bot karam di perairan Libya

31 pelarian maut bot karam di perairan Libya

TRIPOLI, 8 Rabiulawal 1439H, Isnin – Sekurang-kurangnya 31 pelarian termasuk tiga kanak-kanak maut, selepas bot yang dinaiki mereka karam dalam dua kejadian berasingan di luar pantai barat Libya, semalam.

Bot karam itu membabitkan pelarian dari Somalia, Ghana, Ethiopia, Nigeria dan Pakistan.

Bagaimanapun Jurucakap pasukan pengawal pantai Libya, Kolonel Abu Ajila Abdelbarri berkata, 200 lagi pelarian berjaya diselamatkan.

Katanya, hasil rondaan mereka menemui 31 mayat dengan 60 mangsa terselamat daripada sebuah bot, manakala 140 penumpang lagi diselamatkan daripada bot kedua.

Sementara itu, Komander bot peronda Libya, Nasser al-Ghammoudi berkata, salah satu bot berkenaan sudah tenggelam ketika pasukan penyelamat tiba.

“Kami mencari mangsa yang terselamat lebih daripada lima jam dan berjaya menyelamatkan seorang wanita selepas mendengar mangsa meminta tolong,” katanya. -Agensi

The post 31 pelarian maut bot karam di perairan Libya appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 31 pelarian maut bot karam di perairan Libya
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "31 pelarian maut bot karam di perairan Libya"

Back To Top