Gema Semua Maklumat

China, AS setuju CoC Laut China Selatan dimulakan tahun depan

China, AS setuju CoC Laut China Selatan dimulakan tahun depan

PUTRAJAYA, 29 Safar 1439H, Sabtu – China dan Amerika Syarikat (AS) bersependapat bahawa rundingan Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan perlu dimulakan tahun depan bagi menjamin keamanan dan keselamatan di zon itu, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengetengahkan isu Laut China Selatan pada Sidang Kemuncak ASEAN-China di Manila, Filipina, sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-31, baru-baru ini.

“Pelaksanaan CoC perlu diteruskan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan, kebebasan pelayaran dan penerbangan di Laut China Selatan.

“Kita berharap ia dapat dilaksanakan secepat mungkin,” katanya pada taklimat media pasca Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di sini.

CoC merupakan satu dokumen mengenai kod tatalaku negara-negara anggota ASEAN dan China di Laut China Selatan. Ia merupakan satu daripada elemen yang dipersetujui oleh negara-negara ASEAN dan China melalui Deklarasi Tata Laku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) adalah untuk berusaha ke arah mewujudkan CoC.

Rangka Kerja CoC telah diperakui pada Ogos tahun ini ketika Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN. – Bernama

The post China, AS setuju CoC Laut China Selatan dimulakan tahun depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di China, AS setuju CoC Laut China Selatan dimulakan tahun depan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "China, AS setuju CoC Laut China Selatan dimulakan tahun depan"

Back To Top