BANGI, 1 Rabiulawal 1439H, Isnin – Tindakan memandi kenderaan baharu dengan air bacaan surah Yassin adalah ditegah sama sekali, kata Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.
Beliau berkata, apa sahaja perkara yang yang menimbulkan fitnah perlu dielakkan.
“Boleh menimbulkan fitnah dan tohmah kepada orang lain. Maka perbuatan sebegitu perlu ditegah dan tidak boleh dijadikan ikutan,” katanya seperti dilapor Sinar Online.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan segelintir umat Islam yang memandikan kenderaan baharu, menggunakan air daripada solat hajat dan bacaan Surah Yasin.
Ia menerusi perkongsian beberapa individu di laman media sosial, kononnya langkah tersebut adalah untuk mengelakkan kenderaan mereka ditimpa perkara tidak diingini misalnya kemalangan atau kecurian.
The post Mandikan kereta air Yassin khurafat: Mufti appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Mandikan kereta air Yassin khurafat: Mufti
0 Komentar untuk "Mandikan kereta air Yassin khurafat: Mufti"