Gema Semua Maklumat

Mesir buka sempadan Rafah tiga hari

Mesir buka sempadan Rafah tiga hari

RAFAH, 30 Safar 1439H, Ahad – Mesir membuka semula sempadan Rafah semalam, buat kali pertama selepas perjanjian perdamaian antara gerakan pejuang Islam, Hamas dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang dikuasai Fatah.

Rafah adalah satu-satunya pintu masuk yang tinggal untuk rakyat Palestin di Gaza ke dunia luar, selepas Israel mengenakan sekatan di Semenanjung Gaza, yang turut dikuatkuasakan Mesir sejak sedekad lalu.

“Pihak berkuasa Mesir membuka semula lintasan Rafah selama tiga hari sahaja, dari Sabtu hingga Isnin,” kata pegawai Palestin dalam satu kenyataan.

Dilaporkan, sekurang-kurangnya 20,000 orang dari Gaza telah memohon untuk masuk ke Mesir sejak semalam.

Terdahulu, sebagai langkah pertama ke arah perdamaian, Hamas menyerahkan kawalan sempadannya kepada pemerintah di Ramallah pada 1 November lalu.

Kesepakatan itu dikatakan sebagai permulaan untuk pembukaan sempadan Rafah dengan lebih teratur. -Agensi

The post Mesir buka sempadan Rafah tiga hari appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Mesir buka sempadan Rafah tiga hari
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Mesir buka sempadan Rafah tiga hari"

Back To Top