KUALA LUMPUR, 4 Rabiulawal 1439H, Khamis – Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengakui, banyak rumah berharga RM250,000 ke atas masih tidak terjual.
Tan Sri Noh Omar berkata, perkara itu berlaku disebabkan pemaju yang bersaing membina rumah mahal.
“Kalau kajian dibuat rumah RM250,000 ke bawah mudah dijual tetapi yang banyak tak terjual rumah RM250,000 ke atas.
“Pemaju rasa nak kejar buat rumah mahal dan mewah, sedangkan kerajaan berbelanja RM2.7 bilion untuk memastikan jual rumah mampu milik dibuat. Pemaju kena bantu,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang mendakwa rakyat didapati hampir mustahil untuk memiliki rumah di Wilayah Persekutuan.
Bung juga berkata, program rumah mampu milik kerajaan Persekutuan, Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA tersasar daripada matlamat asal.
Bagaimanapun Noh menafikan dakwaan itu dengan mengatakan ia bukan di bawah seliaannya.
“Kita ada jumlah kita. PR1MA bukan bawah saya. Pergi tanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim. Projek Perumahan Rakyat (PPR) saya jawab,” katanya.
The post Noh Omar salahkan pemaju banyak rumah RM250,000 ke atas tidak terjual appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Noh Omar salahkan pemaju banyak rumah RM250,000 ke atas tidak terjual
0 Komentar untuk "Noh Omar salahkan pemaju banyak rumah RM250,000 ke atas tidak terjual"