PERTUBUHAN BANGSA BERSATU, 28 Safar 1439H, Jumaat – Deraf resolusi yang ditaja Amerika Syarikat (AS) berkaitan pembaharuan mandat panel, yang menyiasat dalang bertanggungjawab di sebalik serangan senjata kimia di Syria, gagal untuk diterima pakai oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), lapor agensi berita China Xinhua.
Resolusi itu, menerima 11 undi menyokong, dua menentang manakala dua lagi berkecuali, tetapi memandangkan satu undian menentang adalah Rusia, yang merupakan anggota tetap, bermakna deraf resolusi berkenaan gagal untuk diluluskan. China memilih untuk berkecuali.
Majlis Keselamatan merancang untuk mengundi dua deraf resolusi, untuk memperbaharui mandat Mekanisme Penyiasatan Bersama (JIM), yang akan berakhir pada 17 November. Sebelum undian, Rusia menarik balik resolusi derafnya atas alasan masalah prosedur.
“China tegas menentang penggunaan senjata kimia oleh mana-mana negara, organisasi atau individu untuk sebarang tujuan dan dalam apa jua keadaan,” kata timbalan wakil tetap China ke PBB,Wu Haitao.
Beliau berkata,”China berpendapat JIM perlu menjalankan penyiasatan yang komprehensif, objektif dan tidak berat sebelah terhadap serangan senjata kimia di Syria.”
Pada 24 Oktober lepas, dua hari sebelum laporan akhir JIM dikeluarkan, Rusia menggunakan kuasa veto terhadap deraf resolusi AS, untuk mendapatkan mandat selama setahun lagi, bagi membolehkan JIM meneruskan siasatan.
Kuasa veto Rusia itu, dengan alasan untuk melihat sejauhmana keberkesanan JIM, dengan menilai laporan akhir sebelum membincangkan pembaharuan mandat.
Pada 2 November, Rusia dan AS, mengedarkan deraf resolusi memperbaharui mandat JIM, masing-masing .
Rusia mengkritik JIM kerana dikatakan gagal memenuhi piawaian Konvensyen Senjata Kimia.- Bernama
The post Resolusi siasatan senjata kimia di Syria, gagal diterima pakai appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Resolusi siasatan senjata kimia di Syria, gagal diterima pakai
0 Komentar untuk "Resolusi siasatan senjata kimia di Syria, gagal diterima pakai"