Gema Semua Maklumat

46 saman dikeluarkan atas kenderaan perdagangan di Ipoh

46 saman dikeluarkan atas kenderaan perdagangan di Ipoh

IPOH, 4 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Sebanyak 46 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu Kenderaan Perdagangan yang dijalankan di sekitar bandar raya Ipoh semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, DSP Kamarulzaman Jusoh berkata, selain pihaknya, operasi yang bermula sejak 3 petang hingga 10 malam itu turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Katanya, operasi yang melibatkan keseluruhan enam pegawai dan 35 anggota daripada ketiga-tiga agensi itu diadakan berikutan terdapat banyak aduan masyarakat mengenai kebimbangan terhadap kemalangan maut melibatkan kenderaan berat.

Beliau berkata, antara kesalahan dikesan sepanjang operasi itu termasuk penggunaan permit palsu, tiada lesen memandu, tayar botak, cukai jalan tamat tempoh dan membawa muatan lebih.

“Selain itu, pihak AADK menahan tiga pemandu berumur antara 25 dan 29 tahun selepas didapati positif dadah jenis ganja dan syabu,” katanya kepada pemberita di lokasi operasi, malam tadi.

Kamarulzaman berkata, ketiga-tiga pemandu terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 Rawatan dan Pemulihan.

Katanya pihak berkuasa akan sentiasa menjalankan operasi sedemikian dan pada masa sama meminta orang ramai supaya berkongsi maklumat dengan pihak berwajib.

“Kita dapati apabila operasi dijalankan lori-lori terlibat seperti sudah menghidu perkara ini, sebab itu kali ini kita ubah waktu dan kaedah mengikut keadaan,” katanya.- Bernama

The post 46 saman dikeluarkan atas kenderaan perdagangan di Ipoh appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di 46 saman dikeluarkan atas kenderaan perdagangan di Ipoh
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "46 saman dikeluarkan atas kenderaan perdagangan di Ipoh"

Back To Top