Gema Semua Maklumat

Arab Saudi tak benar pemain Israel sertai pertandingan catur

Arab Saudi tak benar pemain Israel sertai pertandingan catur

JEDDAH, 7 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Arab Saudi tidak memberi visa kepada tujuh pemain catur Israel untuk menyertai pertandingan yang bakal diadakan di Riyadh, mulai hari ini hingga 30 Disember ini.

Persekutuan Catur Antarabangsa (FIDE) dalam satu kenyataan berkata, tujuh pemain catur Israel memohon visa untuk menyertai pertandingan itu, tetapi ditolak.

“Pertandingan itu akan diteruskan mengikut rancangan. Tidak dapat dipastikan sama ada pemain dari negara lain juga tidak diberi visa, tetapi Qatar mengakui mereka mungkin tidak dibenar menyertai pertandingan itu.

“Bagaimanapun, Pusat Komunikasi Antarabangsa Arab Saudi memberitahu lebih 180 peserta seluruh dunia akan mengambil bahagian dalam pertandingan itu,” kata FIDE.

Persekutuan Catur Israel bagaimanapun, dilaporkan sedang berusaha dengan kerjasama beberapa pihak bagi memastikan pemainnya dapat menyertai pertandingan itu.

Ketegangan antara negara Arab dan Israel memuncak sejak kebelakangan ini, khususnya selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Semua negara Islam mengiktiraf Baitulmaqdis Timur yang menempatkan Masjid Al-Aqsa, masjid ketiga suci dalam Islam, sebagai ibu negara Palestin. – Agensi

The post Arab Saudi tak benar pemain Israel sertai pertandingan catur appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Arab Saudi tak benar pemain Israel sertai pertandingan catur
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Arab Saudi tak benar pemain Israel sertai pertandingan catur"

Back To Top