PETALING JAYA, 3 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan partinya akan akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan Kali Pertama pada hujung tahun ini.
Perhimpunan itu dijadualkan berlangsung di Ideal Convention Center (IDCC) Shah Alam pada 30 Disember ini.
Beliau berkata, ianya akan melibatkan 990 perwakilan daripada 137 Bahagian.
“Tarikh Perhimpunan ini telah ditetapkan oleh Majlis Pimpinan Bersatu selaras dengan Fasal 12.1 Perlembagaan Bersatu.
“Notis mengenai perhimpunan ini telah dihantar kepada para perwakilan yang layak hadir mengikut peraturan persidangan yang diluluskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu,” katanya seperti dilapor Sinar Online.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di ibu Pejabat Bersatu di sini, hari ini.
Agenda dalam perhimpunan kali ini akan melibatkan beberapa agenda tang telah ditetapkan, kata Mukhriz.
“Antaranya kita akan adakan pemilihan Pengerusi Tetap dan Timbalannya, kemudian kita akan membuat pembentangan Penyata Kewangan Tahunan,” katanya.
The post Bersatu adakan Perhimpunan Agung Tahunan 30 Disember appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Bersatu adakan Perhimpunan Agung Tahunan 30 Disember
0 Komentar untuk "Bersatu adakan Perhimpunan Agung Tahunan 30 Disember"