QUEZON (Filipina), 2 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Sekurang-kurangnya empat orang dilaporkan mati, manakala 129 penumpang sebuah feri yang terbalik di wilayah Quezon, Filipina berjaya diselamatkan.
Jurucakap Pengawal Pantai Filipina (PCG), Armand Balilo berkata, feri itu membawa 251 penumpang dan operasi menyelamat sedang dijalankan.
“Tiga bot penyelamat sedang dalam perjalanan ke tapak kemalangan, kira-kira lapan hingga sembilan batu dari garis pantai,” katanya.
Beliau berkata, feri itu meninggalkan pelabuhan di bandar Real, Quezon, dan sedang dalam perjalanan ke Polilio, sebuah pulau di wilayah timur laut kepulauan Filipina yang dipisahkan dari pulau Luzon oleh Selat Polilio.
Balilo berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat punca kemalangan itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, ia berkemungkinan disebabkan oleh cuaca buruk.
Ribut tropika telah dijangka melanda di pulau selatan Mindanao lewat Khamis atau awal hari Jumaat.
Biro cuaca memberi amaran mengenai banjir dan tanah runtuh serta ribut dan angin berkelajuan 65 kph (40 mph), menghampiri Filipina. – Agensi
The post Empat lemas feri terbalik di Filipina appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Empat lemas feri terbalik di Filipina
0 Komentar untuk "Empat lemas feri terbalik di Filipina"