Gema Semua Maklumat

Enam maut angkara pengebom bunuh diri

Enam maut angkara pengebom bunuh diri

KABUL, 7 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Sekurang-kurangnya enam orang awam maut apabila pengebom bunuh diri meletupkan dirinya berhampiran Agensi Perisikan Kebangsaan Afghanistan, semalam.

Pengebom bunuh diri itu dipercayai anggota kumpulan pengganas Daesh.

Serangan berlaku seminggu selepas militan Daesh mengaku bertanggungjawab menyerang kemudahan latihan Direktorat Keselamatan Kebangsaan di Kabul.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Najib Danish berkata, enam orang awam yang berada dalam sebuah kereta maut sebaik penyerang meletupkan diri.

“Mangsa yang menaiki sebuah kereta diserang ketika melalui kawasan itu. Kami masih menyiasat sasaran sebenar serangan berkenaan,” katanya. – Agensi

The post Enam maut angkara pengebom bunuh diri appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Enam maut angkara pengebom bunuh diri
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Enam maut angkara pengebom bunuh diri"

Back To Top