TEBING BARAT, 1 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Tentera Israel menahan seorang remaja Palestin, Ahed Tamimi selepas videonya menampar askar rejim itu di Tebing Barat, tular di internet.
Ibunya, Nariman, turut ditahan petang semalam ketika melawat Ahed di sebuah balai polis Israel.
Video yang tular itu menunjukkan dua gadis termasuk Ahed, mendekati dua tentera Israel dan menampar mereka sambil merakamkan kejadian itu dengan telefon bimbit.
Kejadian dipercayai berhampiran rumah Ahed di kampung Nabi Saleh di Tebing Barat.
Menurut bapa Ahed, Bassem, mereka terjaga kira-kira jam 3 pagi Selasa kerana terkejut dengan bunyi ketukan di pintu hadapan rumah dan jeritan tentera Israel.
Bassem memberitahu Al Jazeera bahawa dia membuka pintu, tetapi tentera menolaknya dengan kasar, dan terus masuk ke dalam rumah.
Mereka memaksa keluarganya masuk ke dalam salah satu bilik, yang mana rejim Israel menggeledah pakaian dan barang-barang lain.
Tentera rejim itu kemudian memaklumkan kepada keluarga, bahawa Ahed ditangkap, tanpa memberi alasan.
“Nariman menangis teresak-esak dan cuba memeluk Ahed, tetapi dia ditolak sehingga jatuh oleh tentera,” katanya.
Keluarga Ahed adalah aktivis yang kuat menentang penjajahan tentera rejim itu di Tebing Barat.- Agensi
The post Israel tangkap remaja Palestin selepas video tampar tentera tular appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Israel tangkap remaja Palestin selepas video tampar tentera tular
0 Komentar untuk "Israel tangkap remaja Palestin selepas video tampar tentera tular"