Gema Semua Maklumat

Putrajaya milik UMNO, Barisan Nasional, kata Zahid Hamidi

Putrajaya milik UMNO, Barisan Nasional, kata Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 16 Rabiulawal 1439H, Selasa – “UMNO tidak boleh kalah! BN tidak boleh tewas! Kita tidak akan membiarkan Putrajaya beralih tangan! Putrajaya akan terus menjadi milik kita. Milik UMNO dan Barisan Nasional.”

Demikian ditegaskan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ketika merasmikan Persidangan Sayap-sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam ini sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017.

Justeru itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO dan Barisan nasional (BN) perlu mempertahankan habis-habisan Putrajaya, pusat pentadbiran Kerajaan Pusat, daripada jatuh ke tangan pihak lawan.

Kali terakhir BN memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga adalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 dan gagal mempertahankannya pada PRU 2008 dan 2013.

Sehubungan itu, beliau menggesa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO melakukan gerak kerja secara holistik dalam usaha BN mencapai kemenangan majoriti dua pertiga pada PRU Ke-14.

Katanya, BN meletakkan matlamat besar untuk bukan sahaja memenangi PRU14 bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah melalui Sistem First-Past-The-Post, sebaliknya memperoleh penguasaan dua pertiga kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan majoriti yang jauh lebih besar.

“Ketahuilah wahai bangsaku, satu undi kepada BN bermaksud satu undi kepada pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan yang berwibawa dan bertanggungjawab.

“Tidak boleh tidak, kita wajib mengekalkan semua kerusi yang kita menangi dan merampas semula kerusi yang telah terlepas kepada parti pembangkang sebelum ini. Kita harus ‘retain and regain’ (kekalkan dan merampas semula) semua kerusi yang kita sasarkan,” katanya.

Beliau turut menekankan perlunya anggota UMNO memiliki mentaliti mahu menang dengan berbekalkan semangat keyakinan dan tindakan.

Untuk mencapai kemenangan itu, katanya, kepentingan parti harus diutamakan dan mana-mana individu yang tidak dicalonkan pada PRU14 perlu berlapang dada serta tidak melakukan sesuatu yang boleh melumpuhkan gerak kerja parti.

“Jauhilah sikap buruk seperti mencari ‘personal glory’ (kemegahan peribadi). Kita berjuang demi parti…dan perlu melangkah sebagai satu pasukan mantap,” kata Ahmad Zahid sambil memberikan analogi permainan sepak takraw yang memerlukan tekong, tukang lambung dan tukang libas untuk bergerak sebagai satu pasukan.

Beliau turut menggambarkan aspek yang perlu dimilik oleh calon UMNO iaitu berwibawa dinamik dan kematangan disulami aspek ‘winable’ (mampu menang), ‘likeable’ (disukai), ‘capable’ (berkemampuan), ‘trustable’ (boleh dipercayai) dan ‘intelligent’ (bijak).

Ahmad Zahid turut melahirkan harapan kepada ketiga-tiga sayap UMNO tersebut dalam menuju medan perjuangan PRU14.

Beliau mahu sayap Wanita, dengan berbekalkan pendekatan ‘hightouch’ atau bersemuka, supaya turun mengetuk pintu hati rakyat dan bukan sekadar mengetuk pintu rumah.

Bagi sayap Pemuda, Ahmad Zahid menyampaikan amanatnya: “Jejaklah setiap desa dan ceruk rantau. Bersemukalah dengan rakyat agar mereka dapat diperjelaskan dan tidak terus terperangkap oleh percaturan politik tempang pembangkang.” – Bernama

Lembayung arjana bangsa

The post Putrajaya milik UMNO, Barisan Nasional, kata Zahid Hamidi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Putrajaya milik UMNO, Barisan Nasional, kata Zahid Hamidi
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Putrajaya milik UMNO, Barisan Nasional, kata Zahid Hamidi"

Back To Top