BEIRUT, 16 Rabiulawal 1439H, Selasa – Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri secara rasmi membatalkan peletakan jawatannya selepas mengumumkan keputusan itu awal bulan lalu.
Keputusan membatalkan peletakan jawatan itu dimaklumkan oleh Kabinet negara itu dalam satu ucapan ringkas hari ini.
“Kabinet mengucapkan terima kasih kepada pemimpinnya (Hariri) kerana membatalkan peletakan jawatannya.
“Komponen politik kerajaan memutuskan untuk menjauhkan diri daripada semua konflik, perselisihan, peperangan dan urusan dalaman negara-negara Arab, bagi memelihara hubungan ekonomi dan politik Lubnan,” kata Hariri, dibaca daripada kenyataan Kabinet.
Hariri sebelum ini menyatakan bahawa dia secara rasmi akan menarik balik peletakan jawatannya sekiranya keadaan kembali pulih.
Awal November lalu, beliau mengumumkan pengundurannya yang disiar secara langsung dari ibu kota Arab Saudi, Riyadh ekoran kebimbangan menjadi mangsa bunuh seperti bapanya.
Keputusan itu dibuat selepas beliau merasakan ada pihak yang sedang merancang untuk membunuhnya.
Saad menjadi Perdana Menteri Lubnan hujung tahun lalu, selepas satu kesepakatan politik diterima, yang menjadikan Michel Aoun sebagai presiden negara tersebut.- Agensi
The post Saad Hariri batal letak jawatan sebagai PM Lubnan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Saad Hariri batal letak jawatan sebagai PM Lubnan
0 Komentar untuk "Saad Hariri batal letak jawatan sebagai PM Lubnan"