KUALA LUMPUR, 3 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$102.2 bilion (RM431.6 bilion) setakat 15 Dis, 2017 berbanding US$101.9 bilion (RM430.4 bilion) pada 30 Nov, 2017.
Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata kedudukan rizab itu mencukupi bagi membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa itu merangkumi rizab mata wang asing (US$95.7 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$1.5 bilion) dan aset rizab lain (US$3.0 bilion).
Aset-aset pula terdiri daripada emas dan tukaran asing serta rizab lain termasuk SDR (RM431.583 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM4.221 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM6.079 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.642 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) serta aset-aset lain (RM8.632 bilion). – Bernama
The post Rizab Antarabangsa BNM US$102.2 bilion pada 15 Disember appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Rizab Antarabangsa BNM US$102.2 bilion pada 15 Disember
0 Komentar untuk "Rizab Antarabangsa BNM US$102.2 bilion pada 15 Disember"