Gema Semua Maklumat

435,708 pendatang Yahudi tinggal di Tebing Barat, lapor data terbaharu

435,708 pendatang Yahudi tinggal di Tebing Barat, lapor data terbaharu

BAITULMAQDIS, 6 Jamadilawal 1439H, Selasa – Statistik terbaharu rejim pengganas Israel mendedahkan jumlah pendatang Yahudi yang tinggal di Tebing Barat – tanah Palestin yang diceroboh – sehingga awal Januari tahun ini, mencecah 435,708 orang di 150 penempatan haram.

Jumlah ini tidak termasuk pendatang haram yang tinggal di Baitulmaqdis Timur yang juga tanahnya diceroboh dan dirampas daripada rakyat Palestin.

Bahagian Populasi dan Persempadanan Kementerian Dalam Negeri rejim Zionis itu dalam laporan tahunannya menyatakan jumlah populasi pendatang Yahudi meningkat 3.4 peratus atau 14,299 orang tahun lalu, berbanding 15,765 orang pada 2016.

Menurut data itu, peningkatan tahunan pendatang sejak 2007 hingga 2017 ialah 4.6 peratus atau 15,000 orang setahun.

Walaupun, jumlah pendatang merosot tahun lalu, akhbar The Times of Israel berkata, pertumbuhan bilangan penduduk di penempatan itu kekal tinggi, berbanding di Israel sendiri sebanyak dua peratus setahun. – Agensi

The post 435,708 pendatang Yahudi tinggal di Tebing Barat, lapor data terbaharu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di 435,708 pendatang Yahudi tinggal di Tebing Barat, lapor data terbaharu
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "435,708 pendatang Yahudi tinggal di Tebing Barat, lapor data terbaharu"

Back To Top